PERSATUAN PENIAGA
BAZAAR MAINS
SEREMBAN (PPBMS)
PERSATUAN PENIAGA
BAZAAR MAINS
SEREMBAN (PPBMS)
PENGENALAN
Persatuan Peniaga Bazaar MAINS Seremban atau PPBMS ditubuhkan pada 2 Mac 2019 di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Tujuan penubuhan persatuan ini tidak lain tidak bukan adalah untuk menjaga kepentingan dan kebajikan peniaga-peniaga yang menyewa di dalam Bazaar MAINS dan memperjuangkan hak-hak peniaga kecil dan juga sebagai rakyat bumiputera. Seramai 33 penyewa di dalam Bazaar MAINS yang kesemunya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Bagaimanapun, pihak persatuan perniaga sangat komited untuk membangunkan Bazaar MAINS ini dengan membina ekosistem perniagaan di kalangan peniaga-peniaga Melayu. Walaupun usaha ini mendapat tentangan dari pihak peniaga Melayu sendiri ia tetap tidak melemahkan semangat persatuan. Dengan adanya sokongan daripada pihak pengurusan Perbadanan MAINS yang sentiasa memberi kerjasama dengan persatuan insyaallah matlamat persatuan akan tercapai satu hari nanti.
Matlamat persatuan adalah untuk menjadikan Bazaar MAINS ini sebagai Bazaar Digital yang pertama di Negeri Sembilan dan mungkin di Malaysia. Seterusnya membantu peniaga-peniaga di Bazaar MAINS ini untuk menjadi usahawan digital agar mereka mampu bersaing di dalam dunia digital. Matlamat ini tidak mustahil untuk dicapai sekiranya mendapat kerjasama daripada semua peniaga. Pihak persatuan juga akan sentiasa menyediakan kursus-kursus berkaitan keusahawanan dan pengurusan perniagaan agar para peniaga mendapat pendedahan yang pengetahuan tentang perniagaan. Persatuan juga telah membina laman web rasmi, sosial media dan aplikasi telefon pintar sebagai platfom digital bagi memudahkan para peniaga mempromosikan perniagaan mereka.
Kini Bazaar MAINS, bukan lagi tempat perniagaan untuk golongan asnaf. Persatuan telah mendapat persetujuan daripada Pengurusan MAINS, agar dibuka kepada semua peniaga-peniaga tanpa mengira status. Boleh jadi penetapan untuk golongan asnaf itu yang tidak menarik minat peniaga untuk berniaga di Bazaar MAINS. Semoga, lebih ramai peniaga Melayu menjadikan Bazaar MAINS pilihan mereka untuk memulakan perniagaan dan secara tidak langsung akan menghidupkan Bazaar MAINS ini.
Lawatan Dato Bandar Seremban dan Pengerusi MAINS bagi mencari jalan untuk menjenamakan semula Bazaar MAINS.
Peniaga yang menjual pelbagai barangan cenderamata, bunga dan barangan lama.
SEJARAH LAMA
WILKINSON STREET
Seremban seperti yang kita ketahui hari ini tidak selalu seperti hari ini baik dalam bentuk fizikal mahupun demografi penduduk. Ini juga berlaku di hampir semua bandar Malaysia di pantai barat semenanjung Tanah Melayu dan lebih-lebih lagi bandar yang mempunyai sejarah perlombongan bijih timah.
SUNGAI UJONG
Sebelum itu ia pernah dikenali sebagai "Sening Ujong". Dalam kalangan penduduk Cina tempatan, mereka memanggil Seremban sebagai (Hanyu Pinyin: Fúróng; Perumian Kantonis Yale: Fùhyùhng; Jyutping: Fu4 jung4, har. "bunga raya") berdasarkan fonetik sepadan dalam bahasa Kantonis bagi "Ujong".
PEMBENTUKAN NISMILAN
Zaman pembentukan Negeri Sembilan dipercayai berlaku di antara tahun 1640 hingga 1760. Bermula tahun 1639, kerajaan Johor menjalinkan kerjasama erat dengan Belanda. Ketika itu Johor diperintah oleh Sultan Abdul Jalil Shah III. Kerjasama Johor-Belanda adalah bertujuan untuk menjatuhkan kekuasaan Portugis di Melaka.
BENDERA & JATA NEGERI
Bendera Negeri Sembilan secara amnya terdiri daripada latar berwarna kuning dan kanton di sebelah kiri atas yang dibahagi secara menyerong dari kiri atas ke kanan bawah, di mana tiga segi di bahagian atas berwarna merah manakala di bahagian bawahnya berwarna hitam.